About my Blog

But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful. Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain

Friday, July 9, 2010

KAJIAN TINDAKAN (Aktiviti yang telah dijalankan)

SGDP 4043 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
PENSYARAH : ENCIK ALIS BIN PUTEH


KUMPULAN :
NURUL JALAL ABDUL WAHAB BIN MUJAHID (202191)
MOHD SHAFAWI BIN SALLEH (202274)
MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN TUMPAT
___________________________________________________________________________________

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

Sebanyak 4 aktiviti telah kami laksanakan bagi mempertingkatkan kebolehan menulis dalam Bahasa Arab pelajar tingkatan 3. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah :

- Aktiviti 1 : Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit (Ziyadatul Kanz)
- Aktiviti 2 : Telinga Lintah (Takhmin Al-Saut)
- Aktiviti 3 : Power Stereng (Al-Musabaqah / Kuiz)
- Aktiviti 4 : Siapa Cepat Dia Dapat (Ikhtar Al-Kalimah/Al-Jumlah Al-Munasibah)

(* Pendetailan aktiviti – sila rujuk Kertas Proposal Kajian Tindakan kumpulan kami)

AKTIVITI 1 : Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit (Ziyadatul Kanz)

Tarikh : 7 Julai 2010 (Rabu)
Masa : 1.50 – 2.20 Petang
Pelajar : Tingkatan 3 Ibn Hayyan
Tempat : Kelas Tingkatan 3 Ibn Hayyan
Bahan Bantu : Kad Manila, Pen Marker & Papan Tulis (White Board)

Pemerhatian / Refleksi :

- Semua pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti yang telah dijalankan.
- Setiap pelajar bersemangat untuk menghafaz kesemua perkataan yang diberikan kerana setiap pelajar bertanggungjawab terhadap kejayaan kumpulan masing-masing.
- Pemerhatian secara keseluruhan menunjukkan hampir 95 % pelajar berjaya menghafaz 20 perkataan yang diberikan.
- Tidak pelajar yang ponteng.
- Keadaan sangat terkawal.
- Maklum balas yang diterima daripada pelajar sangat positif dimana semua pelajar teruja dengan aktiviti yang dijalankan dan meminta agar aktiviti ini diteruskan lagi dimasa-masa akan datang.

AKTIVITI 2 : Telinga Lintah (Takhmin Al-Saut)

Tarikh : 7 Julai 2010 (Rabu)
Masa : 2.20 – 2.50 Petang
Pelajar : Tingkatan 3 Ibn Hayyan
Tempat : Kelas Tingkatan 3 Ibn Hayyan
Bahan Bantu : Radio, DVD Suara Haiwan, Pen, Kertas & Kamus
Pemerhatian / Refleksi :

- Aktiviti ini sangat menarik perhatian pelajar.
- Semua pelajar mengambil bahagian dengan meneka 20 bunyi suara haiwan.
- Suasana kelas agak ceria dan kelakar dengan suara pelajar yang turut meniru suara-suara haiwan yang diperdengarkan.
- Aktiviti dan permainan ini melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar mereka untuk menulis nama haiwan berdasarkan suara yang diberikan.
- Aktiviti ini juga memperlihatkan sejauahmana kemahiran pelajar menggunakan kamus bahasa Arab bagi mencari makna haiwan yang telah diteka.
- Apa yang dapat diperhatikan ada pelajar yang expert dalam penggunaan dan ada juga menghadapi sedikit masalah mencari perkataan bahasa Arab.
- Secara keseluruhannya semua pelajar dapat memberikan jawapan yang betul dan yang membezakan mereka ialah kecepatan menggunakan kamus.
- Pelajar meminta agar masa dipanjangkan untuk aktiviti seumpama ini kerana tempoh 30 minit terlalu singkat.

AKTIVITI 3 : Power Stereng (Al-Musabaqah / Kuiz)

Tarikh : 8 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 11.55 – 12.25 Tengahari
Pelajar : Tingkatan 3 Ibn Nafis
Tempat : Bilik APD / Makmal Komputer
Bahan Bantu : Roda Impian, Pen Marker & Papan Tulis (White Board), CD
Koleksi Soalan Nahu dan Soraf, Laptop & LCD Projector.

Pemerhatian / Refleksi :

- Aktiviti permainan Power Stereng bukan menarik minat pelajar tetapi guru juga bersemangat mengendalikan aktiviti ini.
- Permainan ini telah menimbulkan suasana yang cukup hangat setiap kali roda impian diputar oleh wakil kumpulan pelajar.
- Aktiviti ini melatih pelajar memberikan jawapan yang cepat dan tepat
- Ia juga memberikan suasana dan bentuk kelas yang berbeza.
- Tidak ada pelajar yang pasif.
-

AKTIVITI 4 : Siapa Cepat Dia Dapat (Ikhtar Al-Kalimah/Al-Jumlah Al-Munasibah)

Tarikh : 8 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 12.25 – 12.50 Tengahari
Pelajar : Tingkatan 3 Ibn Nafis
Tempat : Bilik APD / Makmal Komputer
Bahan Bantu : Pen, Kertas, CD Koleksi Soalan Mutalaah dan Insya',
Laptop & LCD Projector.

Pemerhatian / Refleksi :

- Aktiviti ini benar-benar menguji kemahiran pelajar menulis dan membina ayat pendek didalam bahasa Arab.
- Pelajar terpaksa berlumba membina ayat kerana tempoh masa yang diberikan agak terhad.
- Aktiviti ini melatih kemahiran pelajar berbincang mencari jawapan yang betul dalam ruang waktu yang singkat.
- Aktiviti ini memperlihatkan kerjasama yang sangat baik diantara ahli kumpulan.
- Semua pelajar bertindak aktif bagi menjamin kemenangan kumpulan masing-masing.
- Antara maklum balas positif yang diberikan pelajar ialah ada diantara mereka yang mengatakan : " Kalaulah beginilah kelas Bahasa Arab sejak dari dulu, kami dah boleh bercakap dan menulis dengan baik, ustaz! " .


REFLEKSI UMUM :

1. Tanggapan negatif pelajar terhadap Bahasa Arab boleh berubah dan diubah apabila teknik pembelajaran dan pengajaran dipelbagaikan.
2. Minat pelajar akan bertambah apabila guru sentiasa memberikan bentuk pengajaran yang mudah dan menarik.
3. Guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang selari dengan perkembangan semasa bagi menarik perhatian pelajar.
4. Guru perlu kreatif dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar semua pelajar aktif dan terlibat dalam aktiviti pembelajaran.
5. Guru perlu didedahkan ilmu pengajaran (pedagogi) yang terkini dan kontemporari agar p&p guru tidak terkebelakang.
6. Guru perlu refleksi setiap kali p&p selesai dijalankan.
7. Apabila semua ini dapat dilaksanakan, Insya Allah, masalah kurang minat terhadap Bahasa Arab, ponteng kelas Bahasa Arab, tidur semasa kelas Bahasa Arab dan sebagainya dapat dielakkan.
8. Akhirnya, kebolehan menulis Bahasa Arab khususnya bagi pelajar tinghkatan 3 dapat dipertingkatkan.
Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com