About my Blog

But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful. Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain

Wednesday, February 3, 2010

APLIKASI IT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

URL : http://www.slideshare.net/norfarisz

APLIKASI IT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Nama Penulis : Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman dan Siti Zamriah Mohd. Hussin

ABSTRACK

This article attempt to discuss the Islamic Education are among important element towards human self moulding desirableness. There is no doubt that rapid change in national education through IT's reformation and communication give large impact lesson and learning in process. Educational technology use of the equipment like computer and internet by Islamic Education teacher is one of the ways practicable of process increase effectiveness lesson and learning. Apart from that, student interest and focus can be pulled through neat and systematic computer application planning. Religious teacher should make Islamic Education as a attractive subject and interested student.

Keyword : Islamic Education, lesson and learning

RINGKASAN

kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Isu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam penggunaannya dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih terdapat guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya, mereka tidak dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam bidang pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi daripada mereka.


Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam. Perisian khusus untuk mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar.

Penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kerana:

1. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan .
2. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham.
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.
4. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih berdikari.
5. Pelajar belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod deria yang digemari.
6. Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif.

Kesepaduan antara IT dengan kurikulum Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar untuk memahami konsep akidah dan syariat Islam yang sebenar supaya beriman dan mentauhidkan Allah S.W.T. Selain daripada menjadi alat untuk mendorong supaya beriman kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini mendorong pelajar melakukan amal salih yang layak baginya menerima balasan syurga yang kekal abadi.

Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar.

Untuk maklumat lanjut tentang artikel ini, sila layari : http://www.slideshare.net

10 comments:

  1. Assalamualaikum
    Salam ziarah. Blog yang baik.
    Sekadar berkongsi sedikit info.
    Untuk buatkan link URL berfungsi ustaz kena
    1)edit balik post ni.
    2)Pastikan dalam mode compose, bukan mode html(melainkan anda tahu guna html!!!).
    3)Tekan icon hyperlink.(yang ada mcm bentuk rantai ke apa ntah). kemudian 1 pop up akan keluar.
    4)Taip atau paste URL address artikel tu.kemudian klik ok.
    5)Tekan butang Publish post di bawah. Done!!

    Mudah-mudahan info ini dapat membantu.

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhuwwah. Terima kasih, cikgu. Terima kasih diatas info yang diberikan. Hanya Allah jua yg dpt membalas budi baik cikgu.

    ReplyDelete
  3. terima kasih..............

    mengenai artikel ini terdapat banyak maklumat yang penting yg dapat kita berkongsi maklumat secara umum .penggunaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting kepada pelajar dan guru. terima kasih kepada yg menyediakan artikel ini untuk bacaan kepada semua pelajar.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    pembelajaran menggunakan IT amat perlu pada masa kini krn seiring dengan perkembangan pendidikan sekarang semunya diaplikasikan dlm semua subjek samada akademik atau ugama ia boleh meningkat profesional keguruan syabas kpd anta

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ust Shafawi..
    Perkembangan teknologi pendidikan pada masa kini telah terbukti banyak membantu keberkesanan proses p&p di dalam bilik darjah.Pelajar dapat mempelajari suatu topik dengan lebih santai dan bermakna.Mereka juga cepat memahami topik yang diajarkan berdasarkan gabungan visual,grafik dan audio yang ditayangkan oleh guru.Ini kerana,golongan pelajar sangat peka terhadap apa yang mereka lihat dan dengar.
    Method penyampaian kurikulum Pendidikan Islam akan menjadi lebih mantap dan jitu sekiranya digabungkan dengan elemen teknologi pendidikan.Alat bantu mengajar berunsurkan teknologi dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan menyediakan bahan yang mudah kepada mereka.

    ReplyDelete
  6. dalam merealisasikan p & p yang berkesan, BBM sangat membantu untuk memberi kefahaman kepada pelajar dengan lebih mendalam. oleh itu artikel ini sangat membantu guru untuk menarik minat pelajar dan dapat mempengaruhi suasana pembelajaran yang kondusif.

    ReplyDelete
  7. salam,

    pada pandangan saya pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang sangat menarik terutamanya bagi pelajar di menengah rendah. Pada usia beginilah biasanya para pelajar mula mendalami pelbagai ilmu Islam yang fardhu, sunat dan pelbagai lagi. Sehubungan dengan itu aplikasi IT dalam P&P sangat sesuai jika diadakan di kelas. Selain menarik minat para pelajar, mereka sudah tentu tidak akan bosan malah ingatan mereka akan bercambah dan bertambah. Sebagai contoh, penggunaan ICT sudah tentu menggunakan komputer, papan layar dan sistem audio yang sesuai untuk menarik perhatian para pelajar. Tayangan seperti cara bertayammum, solat sunat contohnya akan mendekatkan pelajar kepada ajaran Islam yang jelas dan penuh berhikmah. Selain itu, para pelajar akan terus mahir bukan sahaja dalam ilmu Islam malah juga bidang ICT yang sangat penting pada masa kini. Sekian.

    ReplyDelete
  8. Subjek pendidikan Islam adalah teras bagi pelajar Muslim dan Muslimah. Oleh kerana itu, guru mesti juga pandai untuk mempersembahkan pengajaran subjek ini agar menarik dan sentiasa berminatnya pelajar untuk mendalami ilmu Islam. Perkembangan teknologi maklumat adalah wasilah yang amat wajar bagi guru dan pelajar untuk menelusurinya dengan penuh hikmah. Subjek ini juga amat banyak tersebar di alam siber. Tinggal lagi guru dan pelajar mengaksesnya untuk keperluan masing-masing. Interaksi pelajar juga bukan hanya dengan guru yang mengajar subjek ini sahaja di sekolah, bahkan mereka boleh berkongsi ilmu dengan ulama' muktabar dan pelajar dalam bidang ini di serata dunia melalui e-mail. Laman web dan blog mereka juga boleh diambil inputnya untuk penambahan ilmu.

    ReplyDelete
  9. Subjek pendidikan Islam adalah satu subjek yang memerlukan guru yang mengajar subjek tersebut peka dengan persoalan semasa terutama yang melibatkan soal hukum. Guru yang mahir dengan ICT akan dapat mencari jawapan yang cepat dan tepat. Sebarang persoalan yang timbul biasanya akan dijawab dengan segera oleh para ulama kontemporari. Jawapan yang diberikan boleh didapati daripada laman web mereka, ia boleh diakses dengan cepat. Oleh itu pengajaran Pendidikan Islam wajar menggunakan aplikasi ICT.

    ReplyDelete
  10. Kemampuan teknologi komputer memberi persembahan yang menarik terhadap semua perkara cukup membantu kita dalam kehidupan seharian tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana kita menguasai teknolgi tersebut dan bagai mana kita bijak menyesuaikannya dengan kerja yang ingin dilakukan. perkara ini termasuk penggunaannya dalam bidang pendidikan islam.

    ReplyDelete

Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com